The problem with the youth today is, because of their inexperience
With the world, they cannot attempt to grasp the ideals, set forth by
Myself and those who preceded me.
But, as history has shown, they will come around, and embrace our
Philosophies and become model citizens in their own right, God bless
This great nation.
~ 'The Return Of Sathington Willoughby' by Primus ~
Sebagaimana mana-mana situasi 'kemalangan tidak berbau' yang berlaku, di sini aku mulai merasai kejanggalannya; bahawa setelah menamatkan pengajian saya di menara gading tempatan di Serdang, UPM - kehidupanku yang selepasnya tidak langsung memerlukan penggunaan Bahasa Melayu dari segi penulisan.Tidak dapat dinafikan, dari segi kehidupan saya sekarang - kawan, teman sekerja, dan sebagainya - kebanyakannya terdiri daripada golongan yang bukan berketurunan Melayu, menjadikan jalan logiknya sebegini.
Aku mengingati peristiwa beberapa bulan yang lepas - kepastian tarikh tidak dapat diberikan di sini (rambut berubanku melambangkan minda yang dipegang buat masa ini) - di mana aku menjejak langkah setelah sampai ke stesen Kamunting dari Butterworth pada suatu malam Jumaat. Aku telah ditemukan secara tidak langsung dengan beberapa sahabat handai dari zaman persekolahan rendah and menengah - majoriti daripada mereka telah meninggalkan alam persekolahan selepas menduduki peperiksaan SPM; mula mengorakkan nama mereka di alam perkerjaan / karier pilihan masing-masing.
Hari itu merupakan hari hujan yang hampir mencecah darjat ribut (aku telah kehilangan kata-kata yang sesuai), jadi dua daripada mereka telah mempelawa saya untuk menduduki kenderaan mereka; mereka akan menghantar saya balik ke kediaman saya di Taiping. Perkhidmantan pengangkutan yang diberikan percuma, tambahan daripada kekawan: aku tidak begitu bodoh untuk menolak. Tapi, saya tidak diturunkan di dalam masa yang singkat - kita berlepak, berminumkan teh tarik dan sebagainya di salah sebuah restoran Melayu yang terletak dalam perjalanan ke rumah saya.
Yang menghairankan pada malam itu - tidak seorang pun daripada mereka merokok. Walaupun begitu, beberapa lawak telah disampaikan bahawa 'duit rokok itu akan disimpan untuk kegunnaan yang lebih, erm... memberangsangkan'?. Aku hanya menerima dengan senyuman kambing (kucing?). Aku bukannya tahu apa yang telah berlaku: sudah bertahun-tahun lamanya kita tidak bertemu, dan tetiba aku dihayunkan ke dunia yang asing ini; hampir kesemua mereka memegang jawatan yang saya anggap tinggi di dalam bidang masing-masing - walaupun individu-individu ini telah aku kenali lebih daripada lima tahun, setiap orang - aku seakan-akan baru mengenali mereka malam itu.
Cita-cita merupakan salah satu topik malam tersebut, di mana beberapa daripada mereka menyampaikan persepsi (mereka) bahawa saya akan menjawat pekerjaan yang dikira dari gologan elit (mungkin ini semua perbualan semata-mata, maklumlar - lama tidak berjumpa - sekali sekala bodek dan sebagainya): doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Aku senyum binatang lagi.
Akan tetapi - jika difikirkan, betul juga: di alam persekolahan - keputusan peperiksaan saya agak baik juga. Kebenaranya tertera di sini: 'bukan satu kepastian / kemestian bahawa keputusan yang baik di sekolah akan menjamin hidup yang baik di alam selepasnya'. Lihat di mana saya berada sekarang: saya berjawatan secara 'sah' sebagai 'pelatih untuk pengurusan'. Hayun sungguh. Dipekena pelbagai kritikan jika tidak masak dengan portfolio saya dengan menyeluruh - hari hari dihumban ke dalam mulut singa ala soalan-soalan bodoh yang tidak berjawapan objektif - terlalu subjektif dan jika difikirkan, kemungkinan uban-uban ini dilahirkan daripada sinaps yang terhasil semasa otakku berfungsi untuk memberikan jawapan yang bernas dan menyeluruh.
Selamat tinggal, zaman persekolahanku - hanya lawak bodoh, dan ingatan kekawan akan kubawakan; mindaku semakin mengecil sampaikan peristiwa-peristiwa minggu lepas pun tidak dapat diproses....
Selamat Malam.
(" , )
Sunday, November 27, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment